Going through youtube some time ago and imagine my surprise when you type "AIESEC"!
And the fact that AIESEC Malaysia is using this super cool way to promote their events...BRAVO GUYS!
All the best for NLDS 06 in Penang...and Nish, nice ad with the food! I was salivating a pool here in Bonn!
Ok, memandangkan yang saya tidak pernah blog dalam Bahasa Kebangsaan negara tercinta saya...dan setelah mendapati yang Bahasa Melayu saya sudah makin lama makin raput (akibat cuba berbahasa Melayu dengan rakan karib saya yang Cina, Alan...kerana nak meng-anjing betina-kan hal hal)...dan memandangkan yang subjek ini mungkin sensitif jika dibaca oleh orang yang tidak memahami perspektif saya, inilah petikan saya yang pertama dalam Bahasa Melayu!
Setelah beberapa bulan saya menginap di Bonn, saya telah menjalin beberapa hubungan dengan ramai kawan (bukan perempuan...itu cerita lain), ramai yang menjadi hubungan yang karib dan ada yang cuma sekadar "hi and bye". Komuniti pelatih di Bonn kini makin lama makin besar, dan ada juga segilintir yang datang dari negara yang sama, maka terciptalah komuniti mereka sendiri. Contohnya dari Brazil, Romania dan termasuk juga komuniti yang berbangsa Cina. Subjek saya adalah mengenai komuniti ini...yang mana saya juga terdiri daripada, walaupun cuma 50%, ataupun lebih tepat tiga suku! Oleh kerana tiga suku ini saya rasa perspektif ini lebih patut dilihat sebagai...dengan sedihnya,"memalukan".
Mengapa memalukan? Ia bukan kerana komuniti ini tidak menganggap saya sebagai member mereka, dengan Manderin saya yang begitu "hebat" dan Hokkien saya yang lagi "HEBAT"...tidak, bukan kerana itu. Mereka cuma tahu yang saya separuh Cina...itu saja. Walaupun saya cuba berbahasa Manderin dengan mereka, mereka masih seperti tidak menganggap saya seperti geng mereka. Ia bukan kerana juga yang mata saya tidak sepet...malah lebih tinggi berbanding purata 4 atau 5 kaki tinggi mereka...ataupun yang saya tidak makan dengan bunyi yang kuat! Saya tidak cemburu...tapi malu.
Malu kerana geng ini selalu dengan orang mereka sendiri! Malu kerana mereka tidak mahu mengambil kesempatan untuk mempelajari tradisi, adat resam ataupun hormati bangsa bangsa lain. Malu kerana nak jadi katak bawah tempurung! Malu kerana tidak berfikiran terbuka!Tetapi...bukankah tujuan program AIESEC ini adalah membawa pelbagai personaliti dari serata dunia untuk mempelajari antara satu sama lain, di samping mendapat peluang pembangunan profesional diri?? Nampaknya mereka cuma ingin berjumpa bangsa mereka sendiri, makan dengan bangsa mereka sendiri dan tidak mengendahkan orang lain. Beginikah bangsa Cina ingin memaparkan diri mereka, komuniti mereka? Sedihnya...itulah yang disimpulkan oleh komuniti pelatih di sini, dan saya sedih...dan juga malu.
Mengapa harus makan kuih bulan dengan geng sendiri dan SAYA harus menceritakan tradisi perayaan Kuih Bulan? Mengapa harus duduk dengan geng sendiri dan SAYA harus memberitahu yang mereka mungkin tidak memahami cerita kami atau mungkin ada perkara penting untuk berbincang? Tetapi jikalau setiap hari...saya tiada lagi penjelasan!
Mengapa saya menjadi referandum kepada komuniti pelatih ini? Kerana saya juga BANGSA CINA (dan bangga juga!)! Dan disebabkan situasi begini, saya dilihat seperti Orang Cina, Bukan Cina!
Dan sebagai referandum...inilah senarai soalan soalan yang telah ditanya...
- Mengapa mereka HIRUP pasta kuat kuat sampai 4 meja boleh dengar, di samping mulut dan bibir diselaputi sos merah atau putih??
- Mengapa mereka MINUM sup KUAT KUAT?
- Mengapa bau mereka begitu busuk? Mengapa bawa bahan bahan masak yang busuk (rempah) dan masak di BILIK TIDUR? (masak di bilik tidur boleh menjejaskan bau pakaian, maka mereka datang pejabat dengan bau...hangit!) Saya bau dengan hidung saya sendiri salah satu rumah pelatih, dengan seorang pelatih Cina, biliknya begitu busuk baunya seperti kedai runcit dan ubat Cina! Bagi saya ia perkara yang mungkin boleh ditahan, tapi hidung Brazil, Venezuela and Hungary memang tidak boleh tahan, dan saya kesian mereka.
- Mengapa mereka makan dengan bunyi KUAT dengan mulut tidak ditutup?
Dan sebagai Orang Cina Bukan Cina, mereka mengharapkan yang saya boleh tolong membangkitkan perkara ini. Aduhai...macam mana la babe!?
Apa yang saya dapati ialah komuniti pelatih bukan Cina telah mencuba sedaya upaya untuk memahami pelatih Cina...tetapi soalannya, adakan pelatih bangsa Cina telah mencuba untuk memahami budaya, adat istiadat ataupun cara hidup orang lain?
Daripada komuniti ini, saya mendapati salah seorang daripada mereka yang mencuba. Dan saya memang suka dia, dia agak lucu, sedikit berfikiran terbuka...dan bagi saya, kalau dia pandai berjenaka, saya memang sukanya! Ini bermula dengan namanya sendiri, dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan terus kepada "SIAPA BAGAIMANA"!!
Dan si SIAPA ini pandai berjenaka dengan namanya...dan saya respek lah kalau begitu.
Antara pelbagai jenaka namanya..."SIAPA bapa kamu?", "SIAPA si lelaki!", "SIAPA, BAGAIMANA buat begitu?"...dan banyak lagi! (memang kena berbahasa Inggeris untuk mendapat jenaka ini)
Pelatih lain sekarang melihat saya sebagai orang Cina yang sepatutnya...tapi saya rasa ia silap. Tidak tahulah saya...tapi yang pastinya saya masih ingin menjadi rapat dengan komuniti Cina di Bonn.
Dengan itu, saya akhiri petikan saya dengan serangkap pantun.
Makan dengan mulut ternganga
Bau pun bukannya sempurna
Hirup sup kuat tak terhingga
Itulah alkisah Orang Cina Bukan Cina
Saya harap tiada Orang Cina akan terasa daripada petikan ini, tetapi boleh menasihati saya bagaimana saya boleh memperbaiki imej bangsa Cina di antara komuniti pelatih di Bonn.
8 comments:
Memandangkan kamu berbahasa Melayu, biar saya cuba berbahasa kebangsaan juga! Heh!
Mengapa hirup pasta/sup kuat kuat?
Ini kerana bagi tradisi mereka, makan dengan mengeluarkan bunyi menandakan mereka "menghayati" & berterima kasih dengan makanan yang disediakan.
Bagaimanapun, saya tidak dapat menjawab soalan-soalan lain yang ditanya seperti memasak di bilik dsb.
Orang Cina bukan Cina, jangan rasa malu, cuba jadi orang tengah untuk meredakan perasaan tidak puas hati Orang Bukan Cina & merapatkan hubungan mereka sekali-sekala. Saya faham ia tidak mudah, dan mungkin Orang Cina (dari negara mana?) yang menjadi "pelatih" juga bukan "model pelatih", tetapi sekurang-kurangnya dah cuba. Itu sudah memadai~
Cuba tidak mengasingkan diri sebagai "Orang Cina, bukan Cina", tetapi tunjukkan kepada Orang bukan Cina bahawa kamu ORANG CINA yang SEBENARNYA (cuma lebih moden). Begini, mereka tidak akan mengaitkan semua Orang Cina seperti yang mereka kenal dalam program ini.
Selamat Berusaha!
Phew! Berakhir sudah seksaan berbahasa dalam BM!
mengapa malu? adakah anda seorang campuran bangsa. mereka hanya orang cina berbudaya cina. itula cara hidup mereka.
biarlah mereka bersendirian.
anda 'happening'!
Hello kawan, kalau mahu tahu definisi sebenar "berbau" datanglah ke negara yang saya berada sekarang :) Saya belum jumpa dengan orang Cina di sini tetapi saya amat pasti ada ramai orang dari bangsa yang lain yang jauh lebih berbau ( dan cuaca di sini biasanya panas, jadi bayangkanlah betapa "harum" bau mereka...hehe )
Saya rasa pasti ada sekadar peratusan orang bagi setiap bangsa di dunia ini yang mempunyai sikap menyendiri/mengasingkan diri dari orang lain, jadi janganlah meyimpulkan bahawa semua orang Cina adalah sebegini. Saya percaya dan tahu ramai orang Cina yang bukan sebegini :)
Harap berjumpa lagi dan dapat berkongsi cerita dan pengalaman kita bekerja di luar negara ya!
Saya Cina juga, datang dari Indonesia. Dan saya bangga dengan menjadi salah satu keturunan Cina di Indonesia. Dimana sebagai Cina disini tidak begitu mudah. Tapi saya lebih bangga lagi sebagai salah satu keturunan AIESEC, karena hidup dengannya tanpa ada batasan, membuat saya dan teman-teman melihat luasnya dunia dan keberagaman begitu mudahnya tanpa perlu dicerna otak!
Last moment on APXLDS 2005 (Hi my FACI! What's uP!)
http://aidysteveany.myaiesec.net
Terima kasih atas segala nasihat dan pengalaman yang dikongsi.
Saya pasti yang apa yang dilihat di sini cuma segilintir sahaja, dan saya setuju bukan SEMUA ORANG CINA macam ini.
Tetapi soalannya adakah semua pelatih di sini tahu?
Oleh itu, dengan bangganya saya ingin jadi orang Cina teladan!
Proud of my Chinese roots!
Dan apa khabar Aidy!?
Moga moga kamu sihat sejahtera!
Hahahahaha, auuuwwwaaauuwww perut saya rasa sakit sangat. Terlalu banyak gelak dari tadi. Gila betul, jenaka sangat!
OK dech, BM agak susah juga. Boleh dong ganti ke Bahasa Indonesia yang biasa gue pake ya. Cerita elo lucu banget, gak sering-seringnya gue baca kaya gini. Kalo orang Cina tu kan emang dari dulu udah kaya gitu, mau dibuat apa lagi. Makan minum gak sopan bener. Tapi kalo yang bau itu mah tergantung orang juga ya. Kebanyakan palingan jarang mandi.
Gue kan juga orang Cina: biarpun lahir di Indonesia, besar di Belanda dan sekarang tinggal di Malaysia. Kalo gue rasa, diri gue sendiri gak kaya orang Cina asli tuch. Malu banget kalo makan pake mulut terbuka segala. Terus minum kaya sedot air kali. Terus gue juga setiap hari mandi supaya gak bau tengik. Pokoknya, semua orang di dunia tuch beda-beda. Bukannya orang Cina doang yang jorok, pastinya banyak juga orang bangsa-bangsa lain yang lebih menjijikan.
Udahan dulu ya!
You rock mate! Definitely schizzle!
Hahahaha (ada BM translasi untuk perkataan "hahahaha)? .... saya m'anyak m'anyak suka baca komen-komen dalam bahasa MALAYSIA - bukan bahasa melayu kan? ku ini budak cina jugak. malaysia punya orang cina lah... bangsa malaysia berbangsa cina (ada dua bangsa! 'terra' sial kan.. berbangsa dua!) ... berbahasa bm macam cina... ku nak ber-blog dalam bm jugak ;)
p/s: saya tak 'hirup pasta', tak minum sup bunyi 'kuat-kuat', tak berbau (saya harap tidak!). mungkin sebab celup bangsa malaysia agaknya. ;)
begitu "pecah"nya bahasa saya....
Wah lucu banget, saya org Cina yang ingin jadi org Melayu, belakangan ini saya berpikir bahwa di jaman modern sekarang ini banyak bangsa-bangsa yang sudah kehilangan cara hidup budaya mereka, mungkin ini nasib manusia modern, sifat org sekarang adalah individualis, marak uang, material, dan manipulasi berat demi keuntungan sendiri, mudah-mudahan saya salah pikiran ???
Post a Comment